(KAWASAN YANG DILANDA GEMPA BUMI PADA 8 OKT 2005)
Karkuzari ini disampaikan oleh Saudara Munir Shah Sakandar Miah.
Jemaah kami telah keluar 4 bulan dan telah dihantar ke Kashmir daerah
 Bagh. Saya(penulis) sendiri Amir kepada jemaah saya itu. Selain 
daripada jemaah saya terdapat 24 jemaah lain lagi yang buat usaha agama 
di kawasan itu. Jemaah kami telah dihantar ke suatu kawasan perumahan 
orang2 elit di kawasan bandar Bagh. Dari segi dunia, penduduk2 di 
kawasan itu ialah orang2 yang terpelajar berpendidikan moden. Dari segi 
agama pula, kebanyakan mereka mereka menunaikan solah dan membaca 
Al-Qur’an. Mereka tidak ada kaitan dengan mana2 kumpulan ajaran sesat. 
Mereka juga tahu sedikit sebanyak mengenai usaha agama/usaha dakwah 
tetapi secara sengaja mereka menentangnya. Mereka menganggap bahawa 
usaha agama ini adalah penghalang dan mengganggu kerja2 dunia mereka. 
Mereka berkata kita kena usahakan dunia dulu,dapatkan asbab2 kemajuan 
sebagaimana negara2 yang telah maju kemudian barulah buat usaha agama.Di
 kawasan ini ada beberapa orang yang menjadi pembesar mereka. Pengaruh 
pembesar2 itu tersebar ke seluruh kawasan tersebut. Sehinggakan pegawai2
 kerajaan pun menjadi pengikut mereka. Orang2 di kawasan ini melayan 
kami dengan buruk terutamanya orang2 tua dan orang2 lemah di antara 
kami. Kebiasaan mereka akan dipukul semasa menjalankan gasht (ziarah 
jumpa orang). Sekali, semasa melakukan gasht di kawasan sebuah sekolah 
mereka telah dipukul. Dan semasa menjalankan gasht di sebuah kem 
tentera, ahli jemaah telah diperlakukan dengan buruk sehingga mereka 
telah diberi amaran keras supaya tidak datang melakukan gasht di situ 
lagi. Sebagai denda jemaah itu diperintahkan untuk mengutip 
sampah-sarap. Di masjid pula , bekas2 yang diisikan air (lota/bekas 
wudhu’))untuk kegunaan kami telah diludah oleh penduduk2 di situ 
sebanyak 7-8 lota. Kami mengambil air itu dgn susah payah berjalan 
mendaki bukit sejauh 1.5-2 km kemudian orang2 di situ menyia-nyiakan air
 kami begitu sahaja. Ada juga orang di situ kencing di dalam air kami.
Ilham daripada Allah S.W.T dengan perantaraan mimpi
Sehari sebelum gempa bumi di kasawan situ berlaku, seorang pemuda 
yang sedang keluar bersama satu jemaah yang sedang buat usaha di 
Rajanpur (satu kawasan berhampiran dgn tempat kami) telah bermimpi 
melihat bukit-bukau yang berhampiran melaung-laung meminta tolong 
seumpama seorang manusia yang sedang mengalami kesakitan yang teruk. 
Pada waktu sahur, amir jemaah itu bersama dengan pemuda itu telah datang
 ke tempat jemaah kami dan mengkhabarkan tentang mimpi itu. Pemuda itu 
mengalami ketakutan yang amat sangat. Hampir jam 5 pagi kami telah 
menghubungi pihak di Markaz Raiwind. Saya sendiri telah bercakap dengan 
Haji Abdul Wahab Sab selepas beliau selesai memberi Bayan
 Subuh. Haji Sab telah memberi jawapan secara sepontan iaitu kumpulkan 
semua jemaah yang ada di kawasan itu dengan segera. Alas2 tidur kamu 
hendaklah ditindih dengan batu2 sementara tong2 gas hendaklah ditanam 
dalam bumi. Jemaah kamu sendiri dan juga semua jemaah yang lain 
hendaklah dikumpulkan serta bermalam di suatu kawasan tanah lapang. 
Usahalah/ pujuklah orang di situ sehabis-habisnya untuk berkumpul di 
tempat tersebut. Jangan beritahu tentang mimpi itu kepada sesiapa pun.
Demikianlah, dengan susah payah kami telah usahakan mengumpulkan 23 
jemaah yang salah satu daripada jemaah2 itu telah datang sendiri setelah
 mereka mendapat tahu berita itu. Dua jemaah lagi kami tidak dapat 
hubungi mereka. Masalahnya ialah, di sini kawasannya berbukit sementara 
itu kami tidak ada perhubungan dengan orang tempatan, Kami telah 
berusaha bersungguh-sungguh ke atas orang2 kampung tetapi mereka tidak 
ingin mendengar cakap kami. Hanya seorang penjaga sekolah yang datang 
bersama kami dan telah menghabiskan masa malam bersama kami.
Hari itu, 8 Okt 2005, hari Sabtu. Sebaik sahaja mata kami terlelap, 
kedengaran suara tempikan yang dahsyat daripada bumi dan bukit-bukau 
yang berdekatan. Semua kami terbangun dari tidur. Salah seorang daripada
 kami menyangka bahawa itu adalah igauan tidur sahaja sebaliknya itulah 
suara sebenar iaitu suara yang telah didengari oleh pemuda yang bermimpi
 mengenai kejadian tersebut.Serentak dengan itu, di langit sejenis awan 
hitam datang dengan begitu laju. Dari awan itu pun kedengaran suara yang
 sama. Demikian juga dari awan itu kelihatan sejenis pancaran cahaya. 
Selepas beberapa minit, berlaku gempa bumi yang sangat dahsyat. Gempa 
itu begitu kuat sehingga kami tidak dapat berdiri, selepas itu datang 
pula gempa berlainan gegarannya iaitu gegaran yang turun naik. Kami 
terlambung ke atas setinggi satu setengah hingga dua kaki kemudian jatuh
 ke bawah.
Di hadapan mata kami,hanya dalam beberapa saat sahaja seluruh bandar 
telah menyembah bumi. Bangunan 2 di sekolah dan kem tentera juga telah 
tenggelam dalam bumi. Kemudian selepas itu, hujan lebat sangat dahsyat 
mula turun. Hujan itu bukanlah hujan biasa sebaliknya ia adalah hujan 
yang setiap titisannya sebesar mangkuk. Kerana kecuaian kami, satu tong 
gas telah tertinggal di luar tidak ditanam maka ia telah meletup. 
Kemudian selepas itu, ribut yang kencang telah datang dari arah timur 
dan barat yang menyebabkan pokok2 telah tumbang. Sebelum ribut itu 
datang, semua haiwan termasuk lalat hinggakan kerbau, lembu, kambing, 
anjing dan lain2 lelah lari ke arah selatan hinggakan kawasan itu kosong
 sama sekali daripada sebarang haiwan. Hanya dalam beberapa saat sahaja,
 kehidupan telah bertukar dgn kematian. Setiap bangunan telah rebah 
menyembah bumi.Bandar yang didiami oleh ribuan penduduk sekarang hanya 
tinggal kami ahli2 jemaah dan seorang penjaga sekolah yang masih hidup.
Kami telah memohon bantuan dari segenap penjuru,namun tiada yang 
diterima oleh Allah S.W.T. Bantuan yang pertama sampai adalah dari 
Markaz Raiwind, Haji Abdul Wahab Sab sampai pada waktu Asar bersama 
beberapa orang pelajar madrasah dgn manaiki helikopter. Selama 3 hari 
lagi kami tinggal di kawasan itu. Gegaran demi gegaran serta hujan yang 
lebat terus berlaku. Tidak ada apa bantuan yang boleh sampai ke tempat 
itu. Haji Abdul Wahab telah menghantar sebanyak 9000 beding (alas 
tidur). Dalam setiap beding disertakan gula, beras dan lain2 sebagai 
bantuan. Namun, selain daripada kami, tidak ada kehidupan yang tinggal. 
Di mana2 sahaja kelihatan mayat2 bergelimpangan. Kami telah 
menyembahyangkan sebanyak 1300 jenazah. Himpunan jenazah yang kami 
sembahyangkan sekurang-kurangnya 7 mayat sehinggalah 50-60 mayat. 
Setelah menghadapi mujahadah(susah payah) menguruskan jenazah selama 3 
hari, kami berusaha mencari orang2 yang terselamat dan masih hidup di 
kawasan itu tetapi tidak menemui sesiapa pun yang masih hidup kecuali 
seorang bayi.Kami berada dalam keadaan yang penuh mujahadah kerana terpaksa menahan bau busuk mayat sehinggakan susah untuk kami bernafas.
Pemuda yang bermimpi itu telah nampak malaikat2 memegang tali cambuk.
 Setiap masa beliau di dalam ketakutan dan kebimbangan. Sekali beliau 
nampak para malaikat dalam bentuk kanak2,maka amir jemaah telah menyuruh
 kami mengajarkan beliau kalimah syahadah lalu beliau pun meninggal 
dunia. Selain daripada beliau ada 3 orang lagi yang telah tua lagi lemah
 tidak dapat menanggung kesusahan itu lalu mereka juga telah meninggal 
dunia.
Alhamdulillah, semua ahli jemaah telah bermimipi Nabi Muhammad S.A.W 
atau mana2 Nabi yang nama mereka ada di dalam Al-Qur’an atau mana2 
sahabat Nabi R.Anhum. Mungkin ini ialah hadiah drp Allah S.W.T utk 
menenangkan kami yang menghadapi ketakutan dan kebimbangan.
Saudara2ku sekelian,karkuzari ini bukanlah dongengan , bahkan satu 
hakikat. Kenapakah azab Allah S.W.T dlm bentuk gempa bumi telah datang? 
Pada lidah kita ada kalimah tetapi keyakinan tidak ada di dalam hati. Di
 kawasan itu, solah berjemaah hidup tetapi tiada amalan2 Nabi S.A.W 
(dakwah,ta’lim ta’lum,ibadat dan khidmat). Mereka sibuk dgn kemajuan 
dunia dan menganggap agama adalah satu perkara yang tidak bernilai dan 
mengaibkan mereka.Sebaliknya mereka menyangka pelajaran moden, fesyen 
moden, harta dan kekayaan sebagai kemajuan dan kejayaan.Mereka cintakan 
ahli dunia dan bencikan ahli agama/akhirat.
Saudara2ku,demi Allah tinggalkanlah fikiran2 seumpama itu yang hakikatnya telah kita sama2 lihat.Tuan2
 buatlah azam utk mengubah keyakinan dan cara hidup kita kepada cara 
hidup Nabi Muhammad S.A.W. Kita kena berusaha utk keluarkan diri kita 
drpd kelalaian dan bersama utk memajukan agama Allah, jika tidak mungkin
 azab yng lebih besar akan datang. Kami telah pulang ke Markaz Raiwind 
pada 11 Oktober 2005.
~ Semoga bermanfaat buat semua ~
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar