.... Selepas solat subuh kami terus ikram 2 orang tempatan yang solat  bersama kami. Kami terangkan maksud kerja dakwah nabi saw. Kami bertanya  ehwal orng-orang tempatan, mereka pun mula menceritakan kepada kami  ehwal mereka. Mula-mula mereka bertanya kami adakah kami pernah dengar  dan tahu ada orang makan orang di Indonesia. Kami mengiyakan pertanyaan  mereka. Sebenarnya puak kamilah yang makan orang, iaitu puak BATAK  PAK-PAK, Puak inilah yang menghuni dikawasan Pasi yang kami nak usahakan  usaha nabi saw kepada mereka. Menyambung cerita  lagi kata mereka.  bilangan orang Islam di Pasi ini adalah 30%, yang lainnya kristian dan  tidak ada agama atau menyembah pokok atau batu atau roh. Tahap agama  amat rendah samada ilmu dan juga amal agama, Ustaz tidak datang mengajar  kerana sukar untuk mencari ustaz. Untuk mendapat ustaz terpaksa mencari  wang yang banyak ini kerana terpaksa mendapat ustaz dari Medan, Ongkos  untuk diberi pada ustaz amat tinggi mengikut demand dari ustaz itu  sendiri, kemudian kena guna kereta ambil dan hantar, mereka enggak mahu  naik bas. Orang Pasi tidak ada wang , jadi bolehlah kita bayangkan  bagaimana tahap ilmu dan amal mereka, dan betapa hari ini orang  menggunakan agama untuk mencari manfaat dunia. Kami usaha selama 3 hari  dimasjid ini yang menjadi masjid daerah kawasan Pasi. Hari pertama saya  kena khidmat taam, bila pergi sahaja ke pasar besar Pasi , masyaallah  suasana dalam pasar macam dalam kuil, kiri kanan gambar patung yang  seram, matanya terbeliak, gigi siong keluar, pendek kata jika tak usaha  atas agama memanglah suasana seram dimana tempat syaitan duduk disitu,  tapi nabi saw telah ajar kita doa masuk pasar dan kita cuma amal saja  dengan yakin. Ikan  basah dak ada, cuma ada telur, ikan lengat yang  tidak dibuang perut (X boleh makan), sayuran amat murah dan pisang bunga  satu tandan cuma 200Rp sahaja (20 sen). selama 3 hari itu ada seorang  tempatan yang berminat dengan usaha nabi saw, namanya Dermawan, dia  setiap hari bersama kita, jadi amersab suruh kita semua ikramnya agar  dapat ambil usaha nabi saw. Jadi kita guna dia untuk khususi seluruh  rumah yang ada disitu, tetapi orang tempatan tidak berapa berminat dan  mereka tidak datang ke masjid , ini disebabkan kelemahan kami juga  kurang tawajjuh dan doa. hari keempat melalui dermawan ini ia cadangkan  satu masjid lagi yang terletak di puncak tanah tinggi Pasi tapi kena  buat perjalanan yang jauh, ia merupakan kampong kecil dimana semua  penduduknya Islam dan kerja mereka menanam kopi yang terbaik  diIndonesia, Kami jadi teruja dan bersemangat untuk pergi berusaha  disana, jadi disinilah tempat sebenarnya kami betul-betul usaha yang  mana kami memang teringat bagaimana sahabat usaha zaman jahiliah dahulu.  INSYAALLAH BERSAMBUNG ...
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar