Assalamualaikum ini cerita semasa saya keluar 40 hari dikawasan orang  makan orang. Masa tu saya masih student kat UPM Serdang tahun 1983.  Karguzarinya begini masa tu kalau nak keluar 4B @ 40H jika tidak musim  istimak yg diadakan 3 kali setahun kami akan kumpul kat masjid India  markas KL . Begitulah dengan jemaah kami datang dari KL, Melaka lagi  saya tak ingat ada 6 orang.Jemaah kami diputus oleh syura keluar di  Medan Indonesia. Masa itu hanya orang yg kahwin sahaja yg dibenar keluar  di Indonesia. Tapi Allah telah pilih saya untuk keluar di sana. Bila  dah bentuk jamaah dan kumpul mula bermesyuarat, perkara pertama kami  mesyuarat ialah penerbangan, set taalim dan set taam. Tiket dan set  Taalim kita beli kat KL, tapi set Taam beli kat Medan. Pendek cerita  sampai di Markas Medan Masjid India Jalan Gajah dekat dgn Pasar, kami  mesyuarat kumpul wang beli set taam. Jemaah ni semua orang dah kerja  saya sahaja student ,saya bawa RMnya cukup-cukup sahaja. satu minggu kat  Medan kami di hantar kesatu tempat baru, mengikut syura Medan, kami  adalah jemaah pertama yang masuk kesitu. Sebelum berangkat Amer Medan  karguzari tempat tersebut adalah kawasan Batak makan orang, banyak  tawakkal dengan Allah. Kami bertolak pagi hari, menaiki bas menaiki  bukit, jalannya langsung tidak elok dan merbahaya dipenuhi dengan gaung  dan sekitar jalannya juga ada "Rampok Lompat"(permpak yang merompak bas,  ia tunggu diatas pokok pada selekoh merbahaya, kemudian apabila bas  tiba untuk belok bas akan perlahankan kelajuannya, perompak itu akan  lompat diatas bumbung bas yang ada barang2, dibunuhnya penjaga barang  dan dibuangnya barang2 ditepi jalan yag sedia menunggu kekawan  perompaknya.) Perjalanan kami amatlah meletihkan tetapi dapat melihat  pemandangan kejadian Allah yang cantik dimana kami melewati kawasan  Batak,iaitu Kawasan Kabun Jahe, BerasTagi dan Danau Toba. Danau Toba  cukup indah dimana ditengah Danau terdapat sebuah pualau yg dinamakan  pulau Somasir, pemandangan airnya biru amat cantik, disitu berkumpulnya  tourist seluruh dunia menikmati keindahan ciptaan Allah tetapi tidak  kenal Allah pencipta keindahan itu. Bas kami penuh sesak tanpa econd  tapi semuanya menjadi asbab hidayat, sampai distesyen bas kami terpaksa  jalan kaki, kemudian sampai satu pos kami naik pula kuda padi yg kecil  tapi pikul barang sahaja, kami kena mendaki bukit yang tinggi. cuacanya  amat dingin, minyak masaknya 24jam beku, jadi kami berjalan dengan  mendaki bukit dalam keadaan  perut yang lapar, masa tu teringatlah  perjuangan sahabat yang mendaki gunung menurun lurah dan merentasi  padang pasir,hutan belantara dan meredah lautan, jadi kita punya  pengorbanan sikit sahaja, itu Allah amat suka dan cinta pada sesiapa yg  korbankan harta dan dirinya semata mata harap redza Alaah dan hidayah  Allah untuk ummat nabi saw. Tempat yang kami kena usaha namanya PASI,  kami sampai waktu malam, selesai solat kami khususi dulu, amersab putus  saya dan seorang orang Melaka (nama dah lupa), khususi pak polisi,  disitu kami adalah jemaah pertama yg usaha disitu jadi banyaklah soalan  yg bukan2, akhir sekali dia mahu halau kami balik ke Medan, saya hanya  zikir sahaja, yg bercakap orang Melaka kerana ia tua dari saya,  berlakulah soaljawab akhirnya dengan kehendak Allah dia benarkan kami  usaha disitu selama 2 minggu, ini semua adalah dengan kehendak Allah  jua, dalam keadaan letih kami pulang lagi dengan berjalan agak jauh juga  dari Masjid. Malam itu tiada orang tempatan yang tahu kami ada disitu.  Pagi besoknya subuh adalah seorang @ dua orang tempatan datang solat,  mereka apabila melihat kami terkejut beruk ,kerana tidak kenal siapa  kami, tanpa bicara kami bersalaman dengan mereka kemudian solat, lepas  solat bayan subuh (jadi bayan Taaruf) lepas habis mereka pun bertanya  kami, ..................................... Insya Allah akan bersambung  part 2 
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar